Adakah Penapis Air yang ada di pasaran boleh SUCIkan air kita?
(Soalan untuk pengguna Islam)
Satu soalan yang menarik, bukan? Banyak jenama penapis di luar sana seperti B_ _ A_ _
_, El_ _ _, Di_ _ _ _ _, Dr. S_ _ _ _ _, (masing2 dari Taiwan, U.S, Korea, Jepun) dan lainlain
mendakwa sistem penapisan/perawatan air mereka boleh membersihkan air yang
datang ke rumah kita dari racun, Klorin, bacteria, lumpur, toksin dan lain-lain kerana
mereka mempunyai pelbagai bahan keperti KDF, Seramic bermutu tinggi, Nano Silver, Far
Infra Red (FIR), Activated Carbon dan lain-lain sehinggakan air yang akan keluar nanti
benar-benar bersih dari pelbagai bahan cemar selain menghaluskan air tersebut sambil
mempunyai unsur alkali dan lain-lain. Malah ada yang menggunakan teknologi Reverse
Osmosis (R.O) yang mana air yang keluar benar-benar bersih tanpa ada langsung bahan
mineral. Kebanyakan penapis di pasaran mempunyai sampai 6 kartrij untuk membuktikan
yang ‘gerenti’ air yang keluar nanti betul2 bersih.
Ingat konsep yang kita perlu pakai dalam Islam iaitu bersih dan kemudian SUCI. Ini
bermakna bersih sahaja tidak mencukupi, ia perlu SUCI sebelum boleh digunakan. Kerana
air yang bersih tidak boleh menyucikan, hanya air yang Suci sahaja boleh menyucikan dan
‘benchmark’ kita mestilah Air Zam-Zam, air yang terbaik di dunia. Renungkan fakta ini:
• Pertama, kebanyakan bahan kartrij Seramik yang digunakan oleh jenama-jenama
penapis di pasaran adalah diperbuat dari Tulang Haiwan dan supplier utamanya
adalah dari China. (Sila rujuk di http://terapiairrx-water.blogspot.com/2009/06/ramai-parapengguna-
islam-tidak.html). Jadi berhati-hatilah bila membeli alat penapis air yang
berasal dari negara-negara luar. Perkara ini dibongkar sendiri oleh Dr. Noordin
Darus.
(Cuba anda fikirkan & cari mana satu penapis air yang 100% dikeluarkan dari
Negara Islam? Ada tak? Tak ada bukan)
• Sedar atau tidak, Malaysia adalah pengeksport daging Babi terbesar di dunia.
Malah negara China juga mengimport daging babi dari Malaysia untuk menampung
keperluan rakyatnya. Pada April 2008, Ketua Unit Penternakan Babi Persekutuan
Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Beh Kim Hee berkata, cadangan
mengeksport daging Babi ke China dibuat kerana harga daging Babi yang
ditawarkan di ladang-ladang negara ini cukup kompetitif, malah antara yang
termurah di Asia. Percaya atau tidak, sekarang ini, Malaysia telahpun menjadi
pengeksport daging Babi terbesar di Dunia.“Statistik 2008 menunjukkan jumlah Babi
di Malaysia berjumlah 2.6 juta ekor tetapi babi boleh ditingkatkan pengeluarannya
dengan cepat. Pada tahun ini (2009), jumlahnya mencecah 4 juta ekor kesemuanya
dari beratus-ratus kandang ternakan Babi di seluruh Negara, Sabah & Sarawak,
malah bekalan air ini juga sampai ke Singapura.
“Haiwan itu boleh beranak tiga kali setahun dan setiap kali beranak, ia boleh
melahirkan 11 ekor anak.
“Mungkin sebab itu para penternak merancang terlebih dahulu dengan syarikat
China kerana mereka tahu jumlah babi boleh ditingkatkan dalam masa yang
singkat,’’ katanya.
Cukuplah dengan pelbagai masalah yang dibawa oleh haiwan jijik ini, dari Virus
Nipah, ke penyakit dari Virus J.E dan sekarang ini, Virus H1N1, memang tak patut
sebuah negara Islam yang disegani seperti Malaysia menjadi 'Pengeksport Babi
Terbesar di Dunia'. Bukan itu sahaja, najis babi juga digunakan sebagai baja
Organik untuk ladang sayur, sisa dagingnya menjadi makanan ikan ternakan serta
tulangnya diproses menjadi bahan penapis air seramik & sebagainya. Cuba lihat
keratan akhbar di bawah ini dan makhluk yang di sebelahnya, kenal tak? Ini bukan
gambar di Negara China tau.
Tahu tak, ke mana sisa buangan najis babi ini pergi?
Ke sungai-sungai kita dan sungai2 ini bersambungan antara satu sama lain dan
terus ke sistem saliran kita dan ke Reservoir kita. Memang betul ada sistem untuk
rawat air di reservoir ini sebelum dibekalkan ke rumah kita untuk diguna tetapi tak
mungkin dapat menyucikan najis berat ini melainkan hanya satu bahan sahaja -
TANAH LIAT.
Ingat, dzat najis berat ini tidak boleh dan tidak akan boleh dileraikan atau diSUCIkan
dengan hanya bahan2 seramik, KDF, Karbon Aktif, Nano Silver ,FIR, Batuan Organik dan
entah apa-apa lagi bahan-bahan canggih yang ada dalam banyak sistem penapis air di
pasaran, tetapi hanya boleh disucikan oleh satu unsur sahaja - TANAH LIAT.
Air yang bagaimana bersih pun apabila dilalukan dengan unsur tanah liat, Masya-Allah,
semacam magic, ia terus menjadi SUCI, inilah ketentuan Ilahi.
Sekarang, sudah menjadi kewajipan untuk kita memasang satu sistem penyaringan air
yang sampai ke rumah kita yang boleh menyucikan air tersebut. Sekarang marilah kita cari
sistem penapisan yang diperbuat di Negara Islam, oleh orang Islam, yang mempunyai
bahan Tanah liat yang SUCI lagi menyucikan selain menggunakan bahan-bahan yang
bukan sahaja perlu suci, Halal tetapi tiada unsur Syubahah (seperti bahan Seramik dari
Tulang). Rasa-rasanya macam takde kan? Jangan risau & jangan putus harap pada
Rahmat Ilahi. Ketentuan nya pasti akan menyebelahi kita. Allah tidak akan menurunkan
masalah tanpa menunjukkan jalan penyelesaiannya. Dengan keinsafan & keikhlasan,
marilah saya kenalkan Sistem Perawatan Air & Terapi Rx-Water®:
Rx-Water® adalah satu-satunya Sistem Perawatan Air di Dunia yang dicipta oleh doktor
pakar beragama Islam iaitu Dato Dr. Noordin Darus. Bukan sahaja pencipta produk ini unik,
malah, kisah bagaimana terciptanya Rx-Water juga unik kerana ianya datang dari Ilahi di
mana Dr. Noordin mendapat ilham dari Ilahi semasa sedang bergelut dengan Kanser
Darah, Lymphoma yang dideritainya pada tahun 2001 dulu sedangkan beliau diberitahu
yang beliau hanya ada dalam 3 ke 4 bulan sahaja untuk hidup. Setelah banyak berdoa,
bermunajat & memohon petunjuk dari Allah, beliau diberi ilham oleh Allah tentang satu jenis
unsur Tanah Liat dan perantaraan air yang beliau kaji, cari dan dapatkan bahan tersebut.
Semuanya seakan dipermudahkan untuk beliau. Kemudian beliau buat ‘prototaip’ sendiri di
belakang rumahnya untuk kegunaannya sendiri. Setelah diminum, beliau seakan-akan
kenal rasa air tersebut walaupun belum pernah meminumnya sebelum itu. Beliau telah
dapat ‘recover’ dengan cepat sekali sehingga memeranjatkan seluruh ‘warga’ Hospital
Universiti tempat beliau dirawat. Setelah sembuh, beliau rasa bertanggungjawab untuk
membantu umat Islam lain dengan penemuan beliau. Semasa mencipta sistem ini, beliau
telah membongkarkan bahawa bahan Seramik banyak diperbuat dari tulang, namun beliau
bertungkus lumus mencari bahan suci iaitu seramik yang diperbuat dari Batu Seramik asli
yang bermutu tinggi. Bahan tanah liat yang ditemukan oleh Dr.Noordin ini terdapat pada
kartrij no 4. (Rx-Water mempunyai 4 kartrij sahaja tetapi mempunyai 8 tahap saringan).
Dr.Noordin tidak mahu menurut taktik pengeluar penapis lain yang sampai 6 atau 7 kartrij
supaya pengguna perlu sering tukar dan dengan itu mereka sentiasa ada repeat sales).
Yang peliknya pula, air Rx-Water® yang keluar dari kartrij ke 4 ini mempunyai semacam
satu medan Tenaga pusaran ‘arah lawan jam’ yang hanya ada pada Air Zam-Zam. Medan
Tenaga ini apabila masuk ke dalam tubuh kita rupa-rupanya boleh membangkitkan
(rejuvenate) Self Healing System kita iaitu Sistem penyembuhan semulajadi tubuh dan
beliau yakin tenaga ini adalah antara sebab utama mengapa beliau boleh sembuh. Ada
cara (demo) untuk melihat Medan Tenaga ini dan anda pasti akan terpegun (insyaAllah,
saya boleh tunjukkan).
Inilah Anugerah Ilahi kepada sesiapa sahaja yang Ia izinkan.
Jadi, mahukah anda menerima Anugerah ini? Mudah, dapatkan Rx-Water
untuk rumah anda dan sampaikan maklumat ini kepada semua orang Islam
yang anda kenal kerana setelah anda telah tahu fakta ini, telah menjadi
kewajipan pada anda pula untuk memberitahu orang lain. Sekurangkurangnya
saya telah melaksanakan ‘part’ saya, semoga saya tidak akan
ditanya di Akhirat kelak setelah sampainya pengetahuan ini pada saya.
Sesiapa yang telah jadi ejen/distributor penapis air jenama2 lain, masih belum
terlambat, kembalilah ke pangkal jalan. Pilihan di tangan anda. Jika anda tidak
percaya, hubungilah saya, akan saya buktikan, dengan izin Allah. Bawalah air
dari penapis anda dan saya akan tunjukkan perbezaannya. Jangan risau,
saya adalah sahabat, bukan pesaing anda. Tak perlu sangsi, tiada gimik atau
sentimen, hanya sekadar menyampaikan apa yang baik untuk semua saudara
se-Tauhid & se-Iman.
Hubungilah kami, (Hamba Allah yang Daif Ilmu):
Rx Water System RM 2380 - code item ( rxws01 )
* sekiranya berminat untuk menjadi ahli WWN, hubungi saya dan harga ahli akan diberikan pada setiap produk yang di beli melalui blog ini.








0 comments