Stok In Store
- Habbatus Sauda - Makanan tambahan & tonik kesihatan terulung untuk memperbaiki fungsi buah pinggang dan Hati serta mengatasi masalah pada usus, pernafasan & peredaran darah
- Spirulina - antioksidan yang mudah dihadam. Ia memberikan khasiat yang diperlukan oleh individu aktif, mereka yang menjaga badan dan sensitif terhadap makanan tertentu. Ia menambah daya tahan, tahap tenaga, fungsi sistem saraf & arteri, keseimbangan hormon serta mengekalkan sel-sel darah merah dan membersihkan tubuh
- Ginseng - Herba adaptogenik yang kuasa memulih menyeluruh ini meningkatkan sistem peredaran, kecerdasan, daya tahan tubuh dan keupayaan anda mengatasi stress.
- Wheatgrass (gandum) - Kandungan Klorofil di dalam gandum bertindak bagaikan magnet dalam mengeluarkan toksin dari dalam badan. Gandum juga mengandungi vitamin-vitamin (A,C,B Kompleks, E & K), 82 dari 92 zat mineral dalam tanah (termasuk Kalsium, Magnesium, besi, zink, fosforus & kobalt) dan juga pelbagai Asid Amino (digunakan untuk membina Protein).
- Ganoderma Lucidum (Linzhi) - Dikenali sebagai penambah jangkahayat, menambah keremajaan & tenaga. Ia melancarkan pengaliran darah, penyah toksik, memberikan kesan positif kepada pengidap Insomnia, mengembalikan tubuh pada keadaan asal dan membolehkan semua organ berfungsi secara normal.
- Azadirachta Indica (Neem) - Setiap bahagian dari pokok Neem (berasal dari India) adalah berguna, mengandungi kegunaan-kegunaan dari segi kosmetik, perubatan & menyekat haiwan perosak. Dari segi perubatan, ia berguna bagi mengawal Kencing Manis selain dari bertindak sebagai anti-fungus, antiseptik dan agen anti keradangan
- Saccharomyce Cerevisiae (Brewer Yeast) - Sumber vitamin-vitamin B-kompleks termasuk B1, B2, B3,B5,B6,B9 dan H(biotin) yang membantu memecahkan karbohidrat, lemak dan protein-protein akan membekalkan tenaga kepada badan.
Pemangkin dan Pengimbang Rx-Water™
Garam Bukan Sekadar Penambah Rasa, Kini Rx-Salt™ Lebih Istimewa!
Garam bukan sahaja penting untuk kehidupan, tetapi juga untuk kesihatan. Ia mengekalkan keseimbangan elektrolit di dalam air dan di luar sel. Kebanyakan garam mineral datang dari makanan dan setengahnya datang dari air. Kekurangan kandungan garam boleh memberikan masalah. Penambahan pengambilan garam telah digunakan secara berkesan untuk menangani Sindrom Kelesuan Kronik. Rx-Salt™ adalah campuran Garam Mata Air Bario yang dipanggang dan Garam Buluh Batu yang di tapis menggunakan Air Rx-Bina Semula (Rx-Water™) dan kemudian dipanggang.
Garam Mata Air barrio Yang Dipanggang
Bario terletak di kawasan pergunungan di Timur Laut Sarawak, berdekatan sempadan Kalimantan, satu kawasan yang terkenal dengan mata airnya. Air dari mata air yang mengandungi air garam direbus selama 24 jam sebelum garamnya diekstrak. Garam itu diletakkan di atas pucuk buluh yang kemudian dipanggang sehingga kering menggunakan kayu balak. Pucuk buluh itu dibuka dan garam bario dikeluarkan. Garam barrio kemudian dibalut dengan daun-daun pokok pain.
Garam Buluh
Adalah menjadi tradisi di Korea dimana buluh digunakan sebagai bahan perubatan yang penting dengan pelbagai kegunaan iaitu tunggul, akar dan daun-daun. Garam buluh dibuat dari garam air laut, dimasukkan dalam batang buluh yang berusia lebih dari 3 tahun dan dibakar berulang sebanyak 3, 6 atau 9 kali pada suhu 900°C hingga 1500°C untuk mengeluarkan logam-logam berat dan toksin. Keseluruhan proses mengambil masa sekurang-kurangnya satu bulan. Garam buluh ini memberikan garam mineral organic beralkali dan menyediakan 70 hingga 80 elemen dan mineral penting.
Keunikan Rx-Salt™
- Rasa hebat yang boleh digunakan sebagai perasa.
- Ia mengandungi lebih dari 70 bahan mineral dan khasiat penting terutama Boron.
- Ia mengandungi kandungan kalsium, magnesium dan zink yang tinggi.
- Ia mengandungi Potensi Pengurangan Pengoksidaan (ORP) yang tinggi – sukatan keupayaan melawan radikal-radikal bebas yang membahayakan.
- Ia mempunyai pH 10.5 yang sangat beralkali, yang amat berguna kepada badan kita yang berasid.-Ia mempunyai kandungan “tenaga penting termampat” yang tinggi atau “ki”, yang kita sebut “qi”, dan digunakan dalam banyak bahan perubatan tradisi Korea.
Kebaikan
- Sintesis mineral, vitamin dan enzim-enzim untuk membantu metabolisma sel-sel.
- Aktiviti antibakteria-Membersih darah-Mengekalkan pH badan dimana mineral boleh meneutralkantoksin-toksin berasid seperti asid urik dan asid berlebihandi dalam baan dengan pantaas.
- Menggalakkan imunisasi-Membantu merendahkan tekanan darah.
- Membantu memperbaiki keadaan pesakit kencing manis.
- Baik untuk melawan penyakit gusi-Menangani masalah alahan, masalah penghadaman, arthritis, gout dan pelbagai penyakit lain.
- Mengelak penuaan sebelum masa, penyakit-penyakit kronik dan kanser.
- Mengelakkan alahan tekak dan hidung serta penyakit trakea.
- Mencantikkan kulit Penggunaan yang disyorkan Digunakan dalam masakan atau diletakkan (secalit) di atas lidah (terapi air penyembuhan aura).
Nota Penting – Keadaan ekstrim seperti kekurangan air secara dramatic atau kandungan berlebihan natrium banyak dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti darah tinggi dan kanser perut.
HARGA PASARAN - RM28.80 ( 80gm ) - code item ( rxs02 )
* sekiranya berminat untuk menjadi ahli WWN, hubungi saya dan harga ahli akan diberikan pada setiap produk yang di beli melalui blog ini
Sebelum beliau menghidap penyakit Kanser, beliau merupakan seorang pengamal diet buah-buahan & sayur-sayuran terutamanya untuk sarapan pagi. Beliau juga mengajar pelajar & peserta2 yang mengikuti kursus beliau melakukan perkara yang sama. (Beliau pada ketika itu mengelolakan program "The Art Of Total Wellness" untuk sektor korporat & juga kerajaan. Beliau juga sering muncul dalam television, radio & akhbar harian). ...kemudian, ketika beliau menjalani rawatan Kanser, beliau menyedari bahawa selain daripada "Adulterated Chlorinated Dead Water" yang kita minum & guna setiap hari, penyebab utama Kanser adalah racun serangga, racun perosak & juga racun2 lain yang datang dari makanan, sayur-sayuran & juga buah-buahan yang kita makan setiap hari.
- Ekstrak Shilajit - "Tiada penyakit yang tidak dapat diubati dengan bantuan Shilajit" - Charaka, 1st Century AD. Perkataan Shilajit adalah diambil dari bahasa Sanskrit yang bermaksud 'Pahlawan Gunung'. Shilajit merupakan rembesan cecair dari lapisan batu di gunung Nepal dan juga gunung2 Himalaya lain. Ia merangkumi Humus & tumbuhan Organik yang telah dimampatkan oleh lapisan batu. Humus terbentuk apabila micro-organisma tanah mereputkan binatang & tumbuhan ke dalam elemen yang sesuai digunakan oleh tumbuhan. Tumbuhan adalah sumber makanan kita manakala Humus adalah sejenis makanan tumbuhan. Berbanding dengan Humus tanah yang lain, Humus Shilajit mengandungi 60 - 80% gumpalan organik. Tumbuhan ini tidak pernah terdedah kepada apa-apa jenis bahan kimia, baja atau racun serangga. Ia berubah secara beransur-ansur menjadi Humus, sejenis gumpalan organik yang merupakan makanan kepada tumbuhan baru. Disebabkan oleh tindakan Microbial & tekanan yang kuat daripada gunung2, Humus tersebut berubah menjadi tebal, likat & gumpalan mineral. Inilah Shijalit. Lapisan Shijalit yang terperangkap mula terdedah disebabkan oleh musim sejuk, pancaran cahaya Matahari pada musim panas & juga hakisan kesan daripada hujan Monsun. Shilajit akan mengalir keluar dari celahan rekahan lapisan batu pada musim panas apabila suhu pada gunung menjadi panas & Shilajit menjadi kurang likat.
- Asid Fulvic - Ia adalah bahan utama dalam Shilajit & merupakan satu penemuan penting yang mempunyai keajaiban tersendiri. Asid Fulvic adalah sejenis antioksidan yang paling hebat pernah ditemui. Ia adalah sebahagian daripada tanah yang kaya & galian. Asid Fulvic biasanya mengandungi 70 mineral atau lebih & elemen surih adalah sebahagian daripada molekul kompleks. Ia kemudiannya akan diserap oleh akar tumbuhan & bertindak dengan sel-sel hidup. Ia merupakan antioksidan & Radikal bebas yang sangat kuat. Ia membantu mengimbangkan semula sel. Ia mempunyai keupayaan untuk meningkatkan penyerapan Vitamin, Mineral, herba & makanan, menyelaraskan perjalanan hormon Tiroid yang abnormal. Asid Fulvic berfungsi sebagai ejen pelarasan dalam sistem Imun dan boleh digunakan bersama ubat-ubat anti-kanser yang lain.
- Ekstrak kulit Anggur - Kulit Anggur ialah lapisan luar Anggur yang berwarna hijau, merah atau ungu kehitaman. Ia adalah antioksidan yang kuat serta mengandungi bioflavonoids & nonbioflavonoid polyphenols. Nonbioflavonoid dalam kulit anggur yang penting dikenali sebagai Resveratrol. Ia merupakan enzim tumbuhan yang wujud dalam 72 jenis spesis tumbuhan seperti Anggur, kekacang & pokok Pain. Kualiti enzim yang tinggi dalam kulit buah Anggur dipercayai membantu pokok Anggur melawan infeksi, penyakit, serangan serangga atau binatang. Resveratrol membuktikan mengandungi kesan anti radang yang sama atau lebih tinggi berbanding dengan ubat anti radang yang terkenal. Dalam kajian ke atas manusia pula, telah didapati bahawa Resveratrol menipiskan darah lebih efektif berbanding Aspirin, yang selalu digunakan untuk mengurangkan risiko serangan penyakit jantung. Ia dapat mencegah atau menghalang penuaan, lebam, kanser, diebetes, infeksi, penyakit jantung, masalah penglihatan & mempercepatkan penyembuhan luka
- Selain itu ia mengandungi Vitamin C, Asid Sitrik & Rx-Water.

Sukatan:
- Dewasa - Tambah 10 titis RX-Tra ke dalam 250ml RX-Water, 2 kali sehari.
- Kanak-Kanak - Tambah 2 atau 3 titis RX-Tra ke dalam 250ml RX-Water, 2 kali sehari. (Purata 1 titis setiap umur 1 tahun sehingga 10 titis untuk yang berumur 10 tahun dan ke atas).
- Pesakit (yang mengalami masalah kekurangan berat badan & kurang selera makan) - 2 atau 3 kali ganda dos daripada di atas, bergantung kepada keadaan penyakit.
Sesetengah orang mungkin mengalami 'Krisis Pemulihan' seperti:
- Berpeluh
- Gatal-gatal
- Kerap kencing
- Lenguh tulang belakang
- Sakit kepala
- Kepanasan
- Letih
(Krisis ini bergantung kepada kesihatan tubuh dan boleh berlanjutan 1 hingga 2 minggu)


* *sekiranya berminat untuk menjadi ahli WWN, hubungi saya dan harga ahli akan diberikan pada setiap produk yang di beli melalui blog ini

























